Penggunaan Sebatian gas adi

Sebatian gas adi digunakan sama ada sebagai agen pengoksida atau sebagai cara untuk menyimpan gas adi dalam bentuk padat. Asid xenik ialah satu agen pengoksida yang berharga kerana ia tidak ada kemungkinan menghasilkan bahan asing kerana xenon akan dibebaskan dalam bentuk gas. Pesaingnya untuk fungsi ini hanyalah gas ozon. Perxenat adalah bahan pengoksida yang lebih berkuasa, dan xenon fluorida adalah agen pengfluoridaan yang baik. Garam-garam xenon yang stabil dengan jumlah fluorin yang tinggi seperti tetraammonium heptafluoroxenat (NF4XeF7) dan tetrafluoroammonium oktafluoroxenat ((NF4)2XeF8) yang berkaitan telah dibangunkan sebagai pengoksida yang sangat bertenaga untuk digunakan sebagai bahan pendorong dalam roket.

Sebatian berasaskan xenon juga telah digunakan untuk mensintesis karbokation yang stabil dalam suhu bilik di dalam larutan SO2ClF.

Isotop radioaktif kripton dan xenon sukar untuk disimpan dan dilupuskan, dan sebatian unsur ini mungkin lebih mudah diuruskan daripada unsur ini dalam bentuk gas.